Tuesday 24 September 2013

Terbukti Chong DAP PEMBELA Komunis!!!

 
Sumber dari WIRA KENYALANG - Sudah dasar pembangkang, musuh dikatakan sebagai pejuang dan perwira. Mungkin disebabkan gagal memerintah, maka cara terbaik adalah dengan mengangkat komunis sebagai pejuang negara.
Larangan kerajaan untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk disemadikan di Malaysia telah dijadikan isu politik bagi Pakatan Pembangkang. Ini berbeza pada masa dahulu di mana tiada seorangpun yang menghiraukan permasalahan komunis mahupun Chin Peng.
Namun, demi menarik sokongan rakyat khususnya kaum Cina maka Pakatan Pembangkang khususnya DAP cuba menjadi hero untuk membela musuh negara seperti komunis dan Chin Peng.
Malah tidak keterlaluan dikatakan idealogi Pakatan Pembangkang sama seperti idealogi komunis dengan melihat kepada penubuhan BERSIH dan pengibaran bendera Sang Saka Malaya.
Bagi Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kematian Chin Peng adalah satu kehilangan besar buat mereka. Jika rakyat Malaysia yang menjadi balu dan anak yatim disebabkan angkara komunis menyifatkan kematian Chin Peng sebagai suatu ‘kemenangan’, tetapi tidak kepada Pakatan Pembangkang.
“Larangan membawa abu mayat Chin Peng pulang ke Malaysia, negara kelahirannya, bagi saya ini perbuatan yang sangat kejam,” tegas Chong Chieng Jen.
Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) harus mengetepikan kepentingan politik ketika berdepan situasi seperti itu.
“Kalau bercakap mengenai perasaan keluarga anggota polis dan tentera yang mati ketika berjuang menentang komunis di bawah pemberontakan Chin Peng,  saya fikir Jepun ketika era penjajahannya telah membunuh ramai lagi rakyat Malaysia termasuk di Sarawak.
Idola mereka yang selama ini menjadi pujaan DAP dan Pakatan Pembangkang di Malaysia kini hanya tinggal abu.
Mungkin pemimpin Pakatan Pembangkang tidak kehilangan anggota keluarga semasa zaman komunis dan sebab itu mereka tidak sedikitpun berasa marah kepada komunis. Sebaliknya membela komunis sebagai pejuang negara.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan jasad atau abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
“Tidak… kita tidak membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas sejarah hitam yang dilakukan, walaupun ada permintaan daripada ahli keluarganya.
“Tambah lagi, Chin Peng bukan lagi warga negara Malaysia, jadi kita tiada apa-apa kaitan dengannya. (Abu mayat) juga tidak dibenarkan,” ujar Najib.

1 comment:

  1. ...kalau orang tak faham sejarah memang tak akan faham dan akan memandai-mandai pulak nak buat sejarah!!!

    ReplyDelete